Mungkin Sampai

Lelah longlai
Longkai perah

pecah setiap derai
Titik peloh teruwap surai

tiada parang
ditukar kata
tiada keris
berganti herdik

terus tetak
terus tikam

yang mengerti hanya mengalah

mungkin sampai
cuma tak tahu masa

terus berdoa

nanti pasti ada.

putih

biar kelihatan putih itu tiada warna

pada hakikat

putih ada 7 warna

biarkan yang dinampak

jangan dicorakkan hitam

nanti hilang putih

lihat

diam
lihat
angguk
prati

****
nnt baru bagitau

sang penikam

jarum itu tajam
andai tercucuk berdarah
pedih
sakit
ngilu

andai cita-cita menjadi tukang jahit
tajam jarum itu hadap
andai berdoa jarum itu lembut
barangkali kiamat pun masih belum tentu lembut

tiap cita-cita ada pengorbanan
terpulanglah apa yang dikorbankan

masa
darah
jarak
perit
ngilu
suami
anak

sebab dunia tiada 2 pilihan
sebab dunia tiada yang sempurna
sebab dunia adalah penikam

dia beri apa yang kita bagi
tiada yang kita terima kalau tidak memberi
pilihlah

hpus

hapuskan cita cita yang lain
teruskan cita cita sendiri
*azam

tahap



"infiniti"

seluas angkasa

pluto pun tak sempat lagi terlintas dlm otak

ciri-ciri otak bukan ∞

yang boleh hadap terima semua

dari setiap atom sampai ke galaxy ultra venus

ade tahap

bile mane mane masuk masuk

sampai bersepai tempayan

satu hasil pun tak dapat

untung kalau pecah dilaman

kalau pecah dikatil

basah

tiada lagi tempat beradu

yang masuk perlu ade keluar

yang diterima perlu ada pemberinya

klau mahu diukur

Tanya dulu apa yang diberi

bukan apa yang diterima

terima kaseh

mohon

tuhan
tinggikan kesabaranku
ketahanan ku
agar
tiap tekanan tidak menjadi tenaga
terlepas dari temulang ku
biar terpadam segala baran
biar lebih kuat untuk mulut terkemam

semoga tidak roboh sebelum nafas terhenti
semoga tidak ada buntu tiada pasti
semoga tiada rasa terulang
semoga arjuna tak merasa apa yang telah tepernah

semoga terus tersenyum pahit