baru ku tahu

Acap kali melihat wajah sayu penat petang pulang tiap acap itulah terdetik hati untuk tahu apa difikir oleh minda tuanya

Acap kali mendegar hela nafas tiap kali itu lah detik hati ingin berkongsi

Tak pernah terlintas mendengar keluh kesah keluh longlai penat
Tak pernah sesekali sesal dihujah tiap kali pada matanya terlihat salah
Tak pernah tidak keluar dari mulutnya tiap kali permintaan dipinta

Hanya cuba dapatkan

Tapi tak pernah gagal

1001 cara tapi satu pun tak pernah dikongsikan
Hanya rahsia dalam hatinya
Hanya semata untuk penuhi apa yang dipinta
Hanya semata untuk memujuk setiap kali rajuk anaknya
Hanya semata untuk melihat anak anaknya berjaya

Tapi anaknya
Tidak pernah cuba untuk memahami apa kehendaknya
Tidak pernah tahu apa rahsianya bila senyum
Tidak pernah datang jenguk walau seketika

Protes katanya
Merajuk katanya

Siapa dia?

Yang tak pernah protes demi kebaikan
Yang tak pernah berdoa untuk keburukan
Yang tak pernah tidak berada dibelakang
Yang tak pernah mengeluh

Hanya mereka yang mengalah
Walau kesalahan bukan dari dia

Pernah terlihat air matanya mengalir?
Tetapi dia tetap mengusap air mata anaknya yang mengalir
Hanya dia tetap mencari jalan supaya air mata anaknya tidak mengalir

Ayah yang mana mampu lihat nk nya terus menagis

Andai dia kejam kenapa dari saat anaknya mendengar azan dan iqamat tidak dihempaskannya terus ke lantai?

Kenapa tidak saat anak nya teresak esak melihat rakan punyai basikal tidak ditumbuk muka nya?

Kejam?

Apa pula untuk si anak terus membiarkan si tua menunggu setiap hari?
Bukan untuk meminta harta
Hanya sechebis kata khabar

Jika sihat kata anaknya lega hati si tua
Redup sayu mata

Semakin dekat hampir aku sendiri kepada tanggunjawab semakin aku tahu isi hati derita ayah

*ye saya sgt rindu ayah
Published with Blogger-droid v1.7.4

asing

Biar terasing
Mungkin jadi indah
Siapa tahu?

*manis darah banyak semut datang hurung
Published with Blogger-droid v1.7.4

nasib tulang

Seperti tinta si tua nasib tulang yang menanggung

Sedap dilihat tiada tahu apa saket
Yang menanggung tak mampu tertanggung

Kadang sedar si darah manis minta dibelai
Ya..hanya untuk jiwa hati lara dia
Tiap kali etang menjelma gagahkan jua gegendang untuk bergetar
Masuk semuanya tiada pernah dilihat mata
Jenuh
Jenuh si minda membayangkan hingga terkadang terlupa apa makna tidak
Kadang jua terlupa siapa yang si pencerita

Tetap gendang dibiarkan dipalu oleh suara rintih
Tetap dibaca minda dengan bayangan
Tetap jiwa cuba menjiwai
Tetap hati pendam apa yang pedih

Tapi tiada sepatah mampy mulut untuk keluar
Biar pun berkali hati meronta
Tak mampu berkata minda
Dia bukan mampu berkata otak

Mungkin terlalu berat rintih hati
Mahu saja disimpan pendam biar jadi jeruk pekasam

Lalu diarahkan minda kepada tulang
Diketuk tangan kotak keramat
Dicucuh api bara
Terbakar satu kayu tembakau

Di hisap mulut agar tenang si jiwa
Aku tak sanggup lagi jadi mangsa
Paru jerih hiba
Bila lagi tiba masa
Maseh belum waktu
Biar diri merana
Biar si lain gembira

Tiada daya kagi akal melihat semua
Makin hari makin pudar mata

Dikerah lagi tulang
Memacu sang kancil tiada roh
Mencari mana teman tangis
Semata mahu lihat hanya bibir tersunggir senyum

Nyata realiti tak se indah bicara akal dikala mata tiada tugas
Demi mencari sesunggir senyum
Se hilai tawa
Ada diri hati yang berduka

Dibalas apa yang rasa
Hanya hati berkata redha

Lumrah dunia
Kaw hebat dibawah jawabnya

*perut terseksa alpa
Published with Blogger-droid v1.7.4

hari untuk dua

setiba setiap hujung satu minggu pasti janji untuk berdua
ye tibanya untuk hari bersama

seperti mana kamo rasa seperti hari sebelum hujung satu minggu

aku jadinya seperti bodoh

mununggu suntuk satu hari
dari pagi sampai hampir kelam
semata untuk bersama

tapi hanya di pejam mata tanpa kamo sedarkan aku sebaliknya

penat bekerja
terasa sudah bagaimana

itu yang dahulu aku rasa
semasa kamo indah mengejar impian

*tak pe buat lah..aku faham akan maksud balas dendam

kenapa aku sayangkan kamo

Biar mereka berkata

Vespa untuk si tua
Ragamnya kalah orang nyanyuk sakit dada
Tak kemana pun laju nya
Brapa jauh berani berjalan
Lantai hampir reput

Tetap hanya aku tahu berapa nilai sechawan eskrim

Biar mereka berkata

Baju petak sudah hilang makan dimasa
Hanya rabak dalam robok
Tunggu masa
Lelong lelong rm5 3 helai
Murah..

Tapi tetap selesa pada mata aku

Biar mereka kata

Angin kamo tak tentu ragam
Lebih panas da ais
Tiada rupa gadis jelita
Tiada tubuh bak model

Tapi hanya aku kenal kamo dari awal
Bagaimana
Di mana

Hanya aku yang pendam
Hanya aku yang simpan
Hanya memori aku dipendam

*tetap rindu yang dahulu
Tenang indah seperti laut
Indah tenang seperti langit
Published with Blogger-droid v1.7.4